"You are the best of peoples evolved for mankind, You enjoin what is right and you forbid what is wrong, and you believe in Allah..." Sura Al Imran V110

6/03/2009

Tukar ucapan "Selamat Berbahagia Sehingga ke Anak Cucu"

Kini cuti sekolah sudah bermula. Bermulalah juga musim kenduri kahwin bagi orang-orang kita. Di sini marilah kita ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka. Serta kita mendoakan bahagia berkekalan hingga ke anak cucu. Eh .. hingga ke anak cucu sajakah? Atau hingga ke akhir hayat? Takkan sampai akhir hayat saja, selepas tu macam mana pula alam akhirat?

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya. Wallahu’alam.

Selamat pengantin baru kepada sahabat-sahabat yang baru melangsungkan perkahwinan. Semoga anda dan pasangan diberkatiNya!
~Nota Kaki~
[1] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 1648
[2] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #4758
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1011, menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf Hassan Sahih.
[4] Al-Azkar Nawawiyah (Terjemahan Bachrun Abu Bakar & H. Anwar Abu Bakar), Al-Imam Nawawi rah., Sinar Baru Algensindo, Bandung. Cetakkan 2005. ms 721 - 723

Dipetik daripada webblog.myjodoh.net